Assalamualaikum Para Penatap BLOG BATU NISAN PERAK yang dikasihi dan dirahmati Allah,

Selamat datang ke BLOG BATU NISAN PERAK. Kami disini menawarkan pelbagai jenis batu nisan untuk dijual kepada pelanggan. Harganya yang murah dan berpatutan. Di dalam Blog ini, bukan saja menceritakan batu nisan sahaja malah akan menceritakan atau berkongsi pendapat mengenai pelancongan, gajet dan isu-isu semasa.

Dari Allah kami datang kepada Allah kami kembali...

SEBARANG PERTANYAAN, TEMPAHAN ATAU INGIN MENGETAHUI LANJUT MENGENAI BATU NISAN, SILA GUNAKAN EMAIL DAN NO. TALIAN YANG TERTERA UNTUK URUSAN SELANJUTNYA.


tempahannisan@gmail.com
Pak Syed 019-4184022 Talian Hubungan Terus

ALAMAT:
TANAH WAKAF PERKUBURAN ORANG ISLAM GURAP
ISLAM GURAP
LOT 11030 JALAN KUALA KANGSAR

Monday, April 29, 2013

Hukum Ingat Mati



Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.    
 
Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.  
 
Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud : 
"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

PROGRAM GOTONG ROYONG

Alhamdulillah....terima kasih pada pelajar pelajar yang sudi mengadakan program gotong royong pada hari Ahad yang lepas. Semoga program ini diperluaskan lagi. Kepada yang berminat untuk mengadakan program  program sebegini boleh lah menghubungi PAK SYED 019-4184022 untuk berbincang













Sunday, October 28, 2012

Air Terjun Di Gopeng


Korang semua tentu pernah pergi mandi air terjunkan. Korang pernah pegi tak air terjun kat gopeng ni ? Asyik-asyik kat chepor atau hulu kenas. Bila hujung minggu tentu ramai paling teruk sekali bila time cuti sekolah. Di sini saya mengesyorkan anda semua pegi mandi air terjun kat gopeng. Memang best !!! Sebab ape tak ramai orang. Ramai juga tak tahu air terjun kat gopeng ni. Jadi sementara tak ramai orang tahu ni air terjun kat gopeng ni pegilah cepat-cepat sebelum terlambat. Tempatnye di gopeng ulu geruntum.

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Selamat hari raya aidil adha pada semua umat islam di malaysia. Semoga ibadah qurban diterima oleh Allah s.w.t.. Lembu, kambing, unta dan haiwan berkaki empat, ready for qurban ? keh keh keh......

Thursday, September 27, 2012

BINAAN PUSARA

Assalamualaikum semua, di sini kami ada pelbagai jenis binaan pusara. Terpulanglah kepada anda untuk memilih binaan pusara yang anda sukai. Harga mungkin berubah dari masa ke masa tanpa notis. Harga jangan risaulah, soal harga boleh berunding !!!

1) Kepok Granit Hitam


               Harga: RM2,500.00 (satu set lengkap)
                                      

2) Kepok berkembar Granit Hitam


               Harga: RM4,500.00 (satu set lengkap)
                                        

3) Kepok Rehal Granit Bintik Biru



               Harga: RM3,000.00 (satu set lengkap)
                                      

4) Kepok Rehal Granit Hijau


               Harga: RM2,000.00 (satu set lengkap)
                                     


5) Kepok Blok Marble (Marmer) Putih



               Harga: RM3,000.00 (satu set lengkap)
                                     

6) Kepok Blok Marble (Marmer) Putih Binaan Empat Segi


               Harga: RM1,500.00 (satu set lengkap)
                                       

7) Kepok Blok Marble (Marmer) Putih Berkembar 


               Harga: RM4,500.00 (satu set lengkap)
                                       

8) Kepok Rehal Marble (Marmer) Putih
  

               Harga: RM3,000.00 (satu set lengkap)
                                       

9) Kepok Rehal Tarazo & Jubin Putih


               Harga: RM1,300.00 (satu set lengkap)
                                      

Wednesday, September 26, 2012

BATU NISAN SUNGAI

SENARAI HARGA BAGI BATU NISAN SUNGAI:


                         Batu Nisan Sungai
                         Harga: RM180.00 (sepasang)
                         Termasuk Nama (Rumi & Jawi)

BATU NISAN TARAZO

SENARAI HARGA BAGI BATU NISAN TARAZO:


                                         Batu Nisan Tarazo (Lelaki)
                                         Harga: RM250.00 (sepasang)
                                         Termasuk Nama (Rumi & Jawi)


                                        Batu Nisan Tarazo (Perempuan)
                                        Harga: RM250.00 (sepasang)
                                        Termasuk Nama (Rumi & Jawi)